Sunday, May 07, 2006

Penebusan The Da Vinci Code (VII)

Siapakah Maria dari Magdalena? (Bahagian 2)

Apakah yang didedahkan oleh sumber penulisan terawal berkenaan identiti sebenar Maria dari Magdalena? Menurut Teabing, Maria adalah isteri Yesus, ibu kepada anakNya dan orang yang Yesus pilih untuk mendirikan gereja selepas kematianNya. Untuk menyokong teori-teori ini, Teabing merujuk kepada 2 Injil Gnostik: Injil Filipus dan Injil Maria [Magdalena]. Marilah kita lihat Injil Maria terlebih dahulu.

Bahagian Injil ini dipetik dalam novel membentangkan cerita rasul Petrus tidak percaya bahawa Kristus yang bangkit mendedahkan maklumat secara rahsia kepada Maria dan tidak mendedahkannya kepada pengikut lelakiNya. Levi menegur Petrus: “Jika Penyelamat itu menyanjungi Maria, siapakah kau… menolak dia? Sudah pasti Penyelamat lebih mengenalinya. Itu sebab kenapa Dia mengasihinya lebih dari kita”

Apa yang boleh kita katakan mengenai petikan ini?

Pertama, kita kena perhatikan bahawa tiada apa-apa pun dalam Injil ini kita diberitahu Maria adalah isteri Yesus atau ibu kepada anakNya.

Kedua, banyak sarjana berpendapat bahawa teks ini sepatutnya dibaca secara simbolik di mana Petrus melambangkan Kristian ortodoks yang awal dan Maria mewakili ajaran Gnostik. Injil ini mendakwa Maria (iaitu orang-orang Gnostik) telah menerima wahyu rahsia dari Tuhan walaupun jika “Petrus” (iaitu ortodoks) tidak percayanya.

Akhirnya, kalau pun teks ini dibaca secara literal, tiada sebab yang munasabah untuk kita menganggapnya rekod sejarah yang boleh dipercayai. Sebabnya, ia dikarang pada penghujung abad kedua, kira-kira seratus tahun selepas penulisan Injil-injil yang telah dikanonkan. Bercanggahan dengan teori novel, teks ini sebenarnya bukanlah ditulis oleh Maria Magdalena – atau mana-mana pengikut Yesus.

Jika kita mahu maklumat yang boleh dipercayai berkenaan Maria, kita kenalah merujuk kepada sumber kita yang paling awal – iaitu, Injil-Injil Perjanjian Baru. Sumber-sumber ini memberitahu bahawa Maria ini adalah pengikut Yesus dari bandar Magdalena.

Selepas Yesus mengusir 7 roh jahat keluar dari tubuhnya, dia (dan wanita-wanita lain) membantu menyokong pelayananNya (Lukas 8:1-3). Dia pernah menyaksikan kematian, pengebumian dan kebangkitan Yesus. Dialah orang pertama yang menyaksikan kebangkitan Yesus (Matius 27:55-61; Yohanes 20:11-18).

Malah Yesus mengamanahkannya untuk memberitakan kebangkitan kepada pengikut lelakinya (Yohanes 20:17-18). Dari sudut pandangan ini, Maria adalah “rasul” kepada para rasulNya. Inilah apa yang diberitakan dari Injil-injil berkenaan Maria.

Kita memang setuju dengan rakan bukan Kristian kita bahawa Maria adalah wanita yang penting. Tetapi kita harus ingat juga, tidak ada yang mengaitkan Maria sebagai isteri Yesus ataupun ketua gereja yang dipilihNya.

Di samping itu, ada pembaca The Da Vinci Code yang masih tertanya-tanya berkenaan dengan Injil Filipus? Bukankah teks ini menunjukkan Yesus dan Maria pernah berkahwin?

Teruskan Siasatan Anda Di Sini

No comments: