Friday, February 23, 2007

Pemodenan, Kebangkitan Agama dan Pertembungan Budaya : Teologi Budaya dan Keterlibatan Sosial (1)

tulisan Dr. Ng Kam Weng, untuk NECF
(terjemahan Keropok Lekor)

A. KESAKSIAN INTELEK KEPADA MASYARAKAT UMUM

Adolf Hernack telah memerhatikan bahawa kebangkitan gereja awal bukan sahaja kerana kasih mereka melebihi kumpulan lain, tapi pemikiran mereka juga menjangkau para pengkritik. Orang Kristian awal yakin tentang kebenaran intelek dan kerasionalan wahyu Kristiani.

J.G. Machen telah menulis, “Kita boleh berkhutbah dengan sepenuh semangat seorang Reformer tetapi hanya boleh memenangi hati seorang dua di sana sini, jika kita membenarkan seluruh pemikiran masyarakat dan dunia keseluruhan dikuasai oleh idea-idea yang secara logiknya menyempitkan Kristianiti sebagai suatu delusi semata-mata”

Kita mesti menghadapi cabaran daripada budaya yang menentang Kristianiti jika kesaksian Kristiani hendak mempunyai kredibiliti.

• Mempunyai pemahaman yang penuh tentang dunia moden.

• Mengenalpasti isu penting untuk dihadapi jika kita ingin mengikut saranan J.H. Bavinck untuk menawan budaya dan pemikiran dalam Kristus.

• Membentuk semula konsep untuk refleksi Kristiani dan meletakkan keutamaan untuk pendidikan teologi. Banyak kali aktivisme telah mengambil tempat refleksi teologi yang serius apabila kita berjuang dalam krisis masa kini. Tetapi dalam ketiadaan dasar intelek yang unik dan ketidakupayaan kita untuk mengeluarkan kritikan terhadap andaian dan paten pemikiran dominan dunia, kita akan berakhir dengan hanya sia-sianya melayan agenda elit bukan Kristian dan akhirnya dipengaruhi kekuasaan masa kini.

• Memastikan bahawa teologi didasarkan terhadap tradisi Alkitabiah dan dihubungkan dengan realiti kontekstual. Ini memerlukan satu pendekatan baru kepada pendidikan teologi dan cara melatih pemikir dan pengembala Kristian.

Teruskan Bacaan Anda Di Sini

No comments: