Saturday, February 23, 2008

Politik Yesus


“Adakah Yesus Politikal? Satu Perspektif Perjanjian Baru" oleh Dr Lim Kar Yong
Pensyarah Pengajian Perjanjian Baru, Seminari Theoloji Malaysia

Mukaddimah Bahagian 2 Bahagian 3 Bahagian 4 Kesimpulan

Mukaddimah

Saya teringat membaca kenyataan seorang paderi injili yang berpengaruh bahawa gereja tidak sepatutnya melibatkan diri dalam politik. Menurut paderi ini, misi, tenaga dan pelaburan gereja bukanlah untuk membersihkan korupsi masyarakat, tetapi untuk menginjili masyarakat. Malang sekali, pendapat ini juga mencerminkan banyak di kalangan kita. Adalah malang sekali apabila pengajian tentang Yesus diadakan di bawah pengaruh ajaran gereja, ianya diadakan melalui rangka teologi gereja tersebut. “Pemahaman rasmi” tentang Yesus adalah baginda adalah Anak Tuhan yang telah mati di kayu salib untuk penyelamatan manusia.

Pemahaman ini juga menganggap bahawa Injil dan kitab-kitab lain adalah bersifat keagamaan dan harfiah semata-mata. Meskipun pendekatan teologi ini adalah selaras dengan pengakuan iman ortodoks, pendekatan ini hanyalah mencerminkan perspektif yang kurang tepat tentang Yesus – perspektif yang saya tertarik untuk sifatkan sebagai proses pelembutan “Yesus spiritual”. Inilah Yesus yang dikatakan oleh Scot McKnight, “disifatkan hanya sebagai guru spiritual, seorang yang hanya berminat tentang kehidupan keagamaan dalaman dan disiplin keagamaan individu”

Pagi ini saya berharap untuk memikirkan semula pemahaman kita tentang Yesus. Merujuk hasil kajian tentang Yesus dalam Sejarah (Historical Jesus) dan perkembangan kaedah social-scientific dalam pengkajian Perjanjian Baru, kami berharap dapat berefleksi tentang persoalan “Adakah Yesus itu Politikal?”. Atau dalam kata lain, wujudkah ruang dalam iman kita untuk Yesus sebagai politikus, di samping Yesus sebagai guru agamawi.

Sebelum kita bermula, mungkin adalah baik untuk saya mendefinisikan maksud “politik”. Dalam kajian sejarah silam, menurut Aristotle, politik difahami dengan ertikata yang luas di mana objektifnya adalah untuk merealisasikan idea kehidupan ideal dalam sesebuah masyarakat di satu-satu bandar. Di samping itu, politik juga boleh difahami dengan maksud yang sempit sebagai seni memperoleh dan mengekalkan kuasa. Saya lebih suka berefleksi tentang Yesus Politik dalam ertikata yang luas.

Politik bagi saya bermaksud, hal-ehwal umum, kerajaan dan sivil. Dengan definisi “politikal”, saya tidak memaksudkan bahawa Yesus menubuhkan parti politik atau melancarkan pemberontakan terhadap Rom ataupun Kota Yerusalem. Dengan definisi “politikal”, saya mencadangkan untuk menerokai Yesus dalam sejarah sebagai seorang yang mempunyai misi kepada negeri Israel untuk memanggilnya untuk bertaubat, dengan amaran hukuman Tuhan yang mendatang.

Jadi two persoalan yang ingin saya terokai adalah:

1) Betapa banyakkah kesedaran yang ditunjukkan oleh Yesus dalam misi-Nya kepada Israel, sebagi misi politik?

2) Apakah persepsi orang ramai terhadap Yesus sebagai politikus melalui ajaran-Nya dan perjuangan-Nya?

Kerana kesuntukan masa, saya mencadangkan untuk menerokai 3 aspek dalam kehidupan dan pelayanan Yesus, dan mengakhirinya dengan implikasi kepada Gereja pada hari ini.

1. Kesedaran diri Yesus terhadap misi-Nya
2. Mesej dan Ajaran Yesus
3. Aktiviti dan Perjuangan Yesus
..............
.

Terus baca di Cahaya Nusantara

No comments: